Wednesday, 20 April 2016

BLOG TMK


BLOG TMK
Komputer ialah alat yang digunakan untuk mencari maklumat.Dan tajuk hari ini saya akan menunjukkan 7 peranti rangkaian komputer.

                                                             Kad Antara Muka Rangkaian

                                        

                                                            Titik Capaian Tanpa Wayar

                                     

                                                    Penyesuai Rangkaian Tanpa Wayar

                                     
Image result for gambar MODEM

                                                                             Modem

                                       


Image result for gambar penghala

                                                                            Penghala

                                       


Image result for gambar hab

                                                                               Hab

                                     


                                                                                Suis

                                     

            

             MENGHASILKAN LAMAN BLOG


Blog ialah satu laman web sosial yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan catatan secara elektronik.Blog terdiri daripada pos yang direkod masanya dalam format paparan jurnal.Pos ialah artikel (article) dan grafik (graphic) yang memuat naik ke blog.Antara contoh pembekal tapak blog ialah Blogspot,Blogdrive,Tumblr dan Wordpress.
     Pembangunan blog terdiri daripada beberapa peringkat,iaitu mendapatkan tapak blog,membangunkan blog dan mempromosikan serta mengemaskinikan blog sendiri.

Berikut adalah cara-cara untuk menghasilkan blog anda sendiri.....

1) Lancarkan aplikasi pelayar web seperti contoh,lancarkan aplikasi Internet Explorer.

2) Tekan pada kotak carian dan taip www.wordpress.com contohnya.

3) Klik Get Started.Isikan alamat,nama pengguna dan kata laluan.Seterusnya klik Create Blog.

4) Semak e-mel untuk membuat pengesahan.Klik Activate Blog selepas itu.

5) Tukar tajuk blog mengikut kesukaan anda.Kemudian,klik Next Step sehingga sampai ke Home.

6) Klik kotak Text untuk membina pos baharu.

7) Taip tajuk dan kandungan pos.

8) Klik Preview untuk menyemak kandungan.

9)Setelah semuanya selesai dan teratur,klik pada butang Publish.

10) Klik My Blog dan klik Dashboard.Kemaskini blog anda.

11) Gerakkan kursor ke ikon penulis blog.Klik Sign Out.
                       
                       JENIS LAMAN WEB

Laman web ialah dokumen elektronik dalam Jaringan Sejagat yang boleh mengandungi teks (text),grafik (graphic),imej (image),bunyi (sound), video dan pautan ke dokumen atau tapak web lain.
     Terdapat pelbagai jenis laman web dalam Internet,seperti laman web organisasi (organisation),peribadi (private),komersial (comercial),hiburan (game),berita (news) dan sosial (social).

Jenis-jenis laman web adalah seperti yang di bawah.

Laman web organisasi

Laman web organisasi menyediakan maklumat tentang suatu organisasi termasuk struktur,aktiviti dan berita organisasi.Antara contoh laman web organisasi ialah:

(a) www.moe.gov.my
(b) www.pengakapmalaysia.org

Laman web peribadi

Laman web peribadi merupakan laman web yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.Antara contoh laman web peribadi ialah:

(a) www.snusmanawang.com
(b) www.zulkifliyusoff.com

Laman web komersial

Laman web komersial memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan atau produk yang dijual oleh syarikat.Antara contoh laman web komersial ialah:

(a) www.pos.com.my
(b) www.tnb.com.my

Laman web hiburan

Laman web hiburan menyediakan maklumat mengenai hiburan seperti muzik,video,sukan dan permainan.Antara contoh laman web hiburan ialah:

(a) www.langkawiregatta.com
(b) www.mousebreaker.com

Laman web berita

Laman web berita memaparkan berita semasa seperti peristiwa,sukan,cuaca dan kewangan.Antara contoh laman web berita ialah:

(a) www.bernama.com
(b) www.nst.com.my

Laman web sosial

Laman web sosial memaparkan maklumat serta menggalakkaninteraksi antara sesama pengunjung laman tersebut.Antara contoh laman web sosial ialah:

(a) www.twitter.com
(b) www.facebook.com

UJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI TAHUN 4






     BAHAGIAN-BAHAGIAN UNIT SISTEM

Unit sistem (CPU) berkemampuan untuk menyimpan semua data dari dalam komputer.Bayangkan,lebih banyak perisian digunakan,semakin penuh 'otak' unit sistem.

Perhatikan gambar dibawah...



Ini ialah nama-nama suisnya....

(1) Power port (Soket input arus keluar masuk)
(2) Keyboard (Lubang suis papan kekunci)
(3) Mouse (Lubang suis tetikus)
(4) USB 1 & 2 (Untuk pendrive)
(5) Serial port (Lubang suis untuk rangkaian lain seperti web camera dan sebagainya)
(6) Printer parallel port (Lubang suis pencetak)
(7) Monitor switch (Suis untuk komputer)
(8) Speaker switch (Digunakan untuk memasang pembesar suara)
(9) Microphone switch (Untuk mikrofon jika perlu)
(10) Game port (Port Game)
(11) Telephone line in & line out (Wayar dari telefon)
(12) Svideo out (Suis untuk video)
(13) FM reception (Wayar dari radio)
(14) TV cable (Kabel TV dari telefon)

                       BUKU ALAMAT E-MEL

Buku alamat e-mel ialah satu senarai atau direktori dalam aplikasi e-mel yang mengandungi nama dan alamat e-mel kenalan.Selain itu,buku alamat e-mel boleh mengandung butiran lain seperti nombor telefon,alamat rumah dan alamat pejabat.Buku alamat e-mel mempunyai kelebihan seperti menyimpan maklumat kenalan dalam satu tempat dan boleh dicapai semula dengan mudah.
     Senarai mel ialah satu kumpulan alamat e-mel daripada buku alamat e-mel yang diletakkan di bawah satu nama sepunya.E-mel boleh dihantar kepada kenalan secara pukal dengan menggunakan senarai mel yang terdapat dalam buku alamat e-mel.

Berikut adalah cara-cara untuk meghantar e-mel menggunakan senarai mel...

1) Lancarkan aplikasi pelayar web seperti contoh,lancarkan aplikasi Internet Explorer.

2) Taip www.outlook.com pada bar alamat pelayar web.

3) Log masuk ke akaun outlook.com.

4) Buka satu e-mel baharu dengan klik (+) New.

5) Klik pada bar To.

6) Pilih alamat e-mel rakan.

7) Taip tajuk mesej pada ruangan Add a Subject.

8) Taip mesej di dalam ruangan Add a Message.

9) Klik Send.

10) Log keluar daripada akaun e-mel.

         PERANTI RANGKAIAN KOMPUTER

Peranti rangkaian komputer terdiri daripada peranti penghantar,peranti komunikasi,media penghantaram dan peranti penerimaan.
     Peranti rangkaian komputer dikelaskan berdasarkan peta pokok berikut.


UJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI TAHUN 4









                                     INTERNET

Internet ialah singkatan bagi internetwork.Internet merupakan gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet.Antara kegunaan Internet adalah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
     Akses ke Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet melalui pembekal perkhidmatan Internet.Pembekal perkhidmatan Internet menyediakan capaian Internet kepada pengguna.
     Antara perkhidmatan Internet ialah e-mel,Jaringan Sejagat (www),Protokol Pindah Fail (FTP),kumpulan berita,pemesejan segera dan telefoni Internet.


                                                  (1) Contoh penulisan di dalam e-mel

E-mel ialah perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima dalam rangkaian.Lampiran dokumen elektronik juga boleh disertakan bersama-sama mesej tersebut.


 

                                                     (2) Contoh bagi Jaringan Sejagat

Jaringan Sejagat ialah perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen hiperteks,fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar web.


                                                     (3) Contoh FTP Mozilla Firefox

Protokol Pindah Fail ialah perkhidmatan yang digunakan untuk memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian.



                                                       (4) Contoh kumpulan berita

Kumpulan berita ialah perkhidmatan penyampaian berita kepada sekumpulan ahli yang berdaftar.


                                                         (5) Contoh bagi pemesejan segera

Pemesejan segera ialah perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih pengguna secara dalam talian.

Image result for skype

                                                             (6) Contoh bagi Telefoni Internet iaitu Skype

Telefoni Internet ialah perkhidmatan yang digunakan untuk melakukan panggilan telefon atau mengfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian Internet.

UJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI TAHUN 4




                      PERISIAN KOMPUTER

Perisian ialah 'pejabat' yang digunakan dalam komputer.Perisian juga mempunyai alamatnya tersendiri.Contohnya,kita menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menulis surat berbanding menulis di dalam Notebook.Ia memudahkan kita untuk membuat kerja dengan lebih elok dan kemas.

Ini ialah antara perisian yang diketahui.....

Image result for Microsoft powerpoint

Nama : Microsoft Powerpoint
Jenis : Sehelai kertas,sesuai untuk imej dan lukisan



Nama : Microsoft Excel
Jenis : Berbentuk graf,petak-petak kecil,sesuai untuk jadual



Nama : Microsoft Word
Jenis : Juga sehelai kertas berkedudukan potrait,sesuai untuk surat dan karangan



Nama : Microsoft Publisher
Jenis : Sejenis kertas berkedudukan potrait,sesuai untuk mengubah lagu mahupun dokumen



Nama : Microsoft Access
Jenis : Sama fungsi seperti Microsoft Word,tetapi berlainan kerana dapat menukar jadual

2 comments:

Thank you!