BLOG RBT
Nama : Gear
Fungsi : Gear pemacu pada syaf motor akan menggerakkan gear dipacu.Diletakkan bersentuhan.
Nama : Roda dan gandar
Fungsi : Dihubungkan dengan gandar untuk memudahkan pergerakan kit model.
Nama : Takal dan tali sawat
Fungsi : Dihubung dengan takal dipacu dengan tali sawat.Hasilkan gerakan putaran motor berfungsi.]
Nama : Gegancu dan rantai
Fungsi : Bergerak dan memindahkan pergerakan.
KOMPONEN ELEKTRONIK
Pernahkah kawan-kawan melihat komponen elektronik?Terdapat banyak komponen elektronik pada perkakasan elektrik seperti televisyen,radio dan sebagainya.Mari kita kenali beberapa komponen elektronik.
Pernahkah kawan-kawan melihat komponen elektronik?Terdapat banyak komponen elektronik pada perkakasan elektrik seperti televisyen,radio dan sebagainya.Mari kita kenali beberapa komponen elektronik.
Nama : Diod Pemancar Cahaya (LED)
Fungsi : Dikenali sebagai Light Emitting Diode,memancarkan cahaya setelah menerima arus elektrik
Perintang berfungsi untuk mengehadkan pengaliran arus elektrik.Nilai rintanagn diukur dalam untuk ohm.Terdapat dua jenis perintang yang biasa digunakan,iaitu perintang tetap dan perintang boleh laras.Kedua-dua perintang ini tidak mempunyai kekutuban dan boleh disambung pada mana-mana kekutuban bateri.
Nama : Perintang tetap
Fungsi : Nilai rintangan kekal,tidak boleh diubah.Terdapat jalur warna pada badannya.
Nama : Perintang boleh laras
Fungsi : Nilai rintangan boleh diubah kepada suatu nilai yang dikehendaki.
Kapasitor juga dikenali sebagai pemuat.Fungsinya adalah untuk menyimpan dan membuang cas.Unit ukuran bagi kapasitor ialah Farad (F).Terdapat dua jenis kapasitor yang perlu diketahui,iaitu kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub.
Nama : Kapasitor berkutub
Fungsi : Mempunyai kaki pendek (negatif -) dan kaki panjang (positif +).
Nama : Kapasitor tidak berkutub
Fungsi : Kaki yang sama panjang,Tiada kekutuban.
Transistor bertindak sebagai suis kawalan.Transistor ada tiga kaki yang mempunyai fungsi yang berbeza,iaitu :
i. Pemancar (Emitter),E
ii. Pemugut (Collector),C
iii. Tapak (Base),B
Transistor dibahagikan kepada dua jenis,iaitu jenis PNP dan jenis NPN.
Nama : Transistor PNP
Fungsi : Bertindak sebagai suis kawalan.Contoh lain ialah C9012 dan SC945.
Nama : Transistor NPN
Fungsi : Sama seperti transistor PNP.Contohnya ialah C9013 dan BC108.
Buzer berfungsi untuk mengeluarkan bunyi dan boleh digunakan sebagai penggera.Terdapat dua jenis buzer,iaitu buzer elektromagnet dan buzer piezo.
Nama : Buzer elektromagnet
Fungsi : Mengeluarkan nada bunyi yang rendah.
Nama : Buzer piezo
Fungsi : Mengeluarkan nada bunyi yang nyaring,kuat.
Suis digunakan dalam sesuatu litar dan berfungsi untuk melengkapkan atau memutuskan litar.
Nama : Suis mikro
Fungsi : CO,NO dan NC.Tamatan COM perlu disambung.
UJIAN REKA BENTUK & TEKNOLOGI THN 4
KENALI BIJI BENIH
Terdapat pelbagai cara untuk membiakkan tanaman.Satu daripada caranya ialah menggunakan biji benih.Anak benih yang subur akan tumbuh daripada biji benih yang baik.Oleh itu,kita perlu memilih biji benih yang mempunyai ciri yang baik.Antara ciri biji benih yang baik adalah seperti di bawah.
1) Matang,iaitu biji benih diambil daripada buah yang matang.
2) Bernas,iaitu biji benih mempunyai isi yang penuh.
3) Berbentuk normal,iaitu bentuknya sama seperti asal.
4) Tidak diserang perosak dan tidak berkulat.
Biji benih yang rosak tidak sesuai untuk disemai.Biji benih ini mungkin tidak akan bercambah jika disemai.Yang berikut ialah ciri biji benih yang rosak.
1) Tidak matang,iaitu biji benih diambil daripada buah yang tidak matang.
2) Retak atau pecah.
3) Berlubang kerana serangan perosak.
4)Tidak normal,iaitu biji benih cacat dan tidak seperti bentuk asal.
5) Berkulat.
KENALI MEDIUM SEMAIAN
Medium semaian ialah bahan perantara yang perlu digunakan untuk menyemai biji benih.Kita boleh membuat medium semaian sendiri atau membeli di pasaran.Terdapat beberapa jenis medium semaian yang boleh digunakan.Antara medium semaian tersebut adalah seperti yang dibawah.